Monday 26 October 2020

MENINGKATKAN METABOLISME 6 Cara

Metabolisme? Emmm ramai yang faham metabolisme tinggi kurus, metabolisme rendah....berat berlebihan

Kita umpamakan metabolisme seperti api yang membakar makanan yang kita makan, api besar mudahlah makanan tu nak terbakar. Namun kalau api tu kecil agak sukar untuk membakar makanan tersebut

So apa itu metabolisme? Nak tahu tak?  

Metabolisme merujuk kepada semua tindak balas kimia dalam organisma hidup, termasuklah penghadaman, pengangkutan bahan dari dan ke sel berlainan, secara khususnya tindak balas dalam sel dikenali sebagai metabolisme perantara. 

Rujukan: https://educalingo.com/ms/dic-ms/metabolisme

Masalahnya kalau metabolisme rendah susah nak turun berat. Seorang perempuan biasanya mengalami pertambahan berat badan selepas bersalin. Pengalaman sendiri, selepas bersalin berat naik bagai di pam pam.  Begitu juga dengan faktor peningkatan usia. Semakin usia meningkat, semakin rendah kadar metabolisme.

Apakah 6 cara untuk meningkatkan metabolisme?

1. Bersenam

Bersenam 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali telah terbukti dapat meningkatkan metabolisme. Emm....ada masa tak kita? Dengan sibuk bekerja?

Namun, naik tangga turun tangga, berjalan kaki ke kantin, berjalan kaki dari tempat parking. Semua tu dapat membakar kalori, bina otot dan sekaligus bonus meningkatkan metabolisme. Parking tempat yang agak jauh. Boleh ke boleh?

2. Pemakanan seimbang

Memilih untuk makan makanan seimbang adalah lebih baik daripada skip makan. Skip makan hanya akan menurunkan kadar metabolisme kita. So fikir fikirkanlah. 

Skip makan juga boleh menyebabkan kita makan banyak semasa hidangan yang seterusnya. Contohnya, kita skip sarapan pagi, waktu lunch nanti kita akan makan dalam kuantiti yang terlebih banyak. Bayangkan makanan yang sepatutnya dibakar menjadi tenaga sebaliknya menjadi lemak yang tersimpan. Elakkan makan malam melebihi pukul 8 malam.

3. Tidur mencukupi

Atur waktu tidur kita supaya dapat tidur yang benar-benar berkualiti. Tidur awal & bangun awal pagi lebih baik daripada tidur lewat dan bangun awal. Boleh jadi terlajak tidur. Bangun awal dapat mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa. In shaa Allah, dengan izinNya.

4. Elakkan stress

Kita pun tak tahu bila kita stress. Banyak kerja sikit rasa stress. Tak rehat langsung sebab kerja banyak. Kesian badan kita. Perlukan rehat. Tapi kita langgar. Akibatnya sakit pada bahagian bahu....tanda stress. Boleh juga mengundang penyakit lain seperti hipertensi . Jaga kesihatan. Sayangi diri kita. Boleh juga amalkan pengambilan b complex untuk release stress.

5. Kafein

Kafein juga membantu meningkatkan metabolisme. Contohnya pengambilan teh hijau. Namun perlu bersederhana. Ada banyak manfaat teh hijau ni. Boleh baca sini.

https://www.bidadari.my/kebaikan-teh-hijau/

6. Minum banyak air 

Air juga dapat meningkatkan metabolisme di samping membantu mengurangkan berat badan. Dengan bantuan air, proses kimia yang berlaku dalam badan berlaku dengan lancar. Berapa banyak nak minum? Bergantung kepada berat badan kita. Namun secara umumnya 8 gelas sehari. Ingat ya, bukan air manis tetapi air masak.

Kurangkan air manis juga boleh menyebabkan berat badan berkurang. Yesss!!Kurus!!

Sebagai rumusannya, kadar metabolisme yang tinggi boleh membantu masalah berat badan. Pengambilan supplement seperti lecithin, omega, herblax (daun senna)  dan alfalfa juga boleh membantu menurunkan berat badan. 

Jangan abaikan kesihatan badan. Obesiti merupakan penyakit dan boleh juga mengundang penyakit.

Sayangi diri kita sendiri. Semoga kita sentiasa dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan. Aaminn

OBESITI






0 comments:

Post a Comment