Friday, 15 March 2019

WANITA HEBAT DALAM HIDUPKU

WANITA HEBAT DALAM HIDUPKU!

Siapa lagi kalau bukan ibuku puan Saiyah Selamat.
Keluarga kami bukanlah orang yang senang. Namun mak seorang yang pandai berdikari, beruntung arwah Abah.
Masa kecil dulu mak akan pastikan keperluan makan & pakai kami sempurna. Mak sanggup tak makan atau makan lewat demi membesarkan kami. Anak is number one. Tak boleh dengar kami nangis terus pujuk.

Rotan mak masih lagi terasa, itulah asbab kami adik beradik berjaya. Alhamdulillah.
Abah & mak selalu berpesan....mereka tidak meninggalkan harta untuk kami tetapi mereka berikan  ilmu supaya kami belajar bersungguh-sungguh. Ya kami nampak kesannya sekarang. Begitulah juga kami mendidik anak-anak kami. Belajar hidup susah. Apa yang kita kehendaki tak semua akan kita dapat.

Walaupun bersekolah tidak setinggi mana, mak memang dianugerahkan bakat istimewa, mak pandai gubah bunga, buat pondok orkid, bina reban ayam, bina pondok dapur memasak (dapur arang), baiki paip rosak & pandai bisnez.

Bila kenang semula.....banyaknya mak dah buat untuk mendidik kami sehingga keenam-enam adik-beradik kami berjaya.

Ibu zaman sekarang masih ada tak yang macam mak sis?

Sis akui sis tak sehebat emak! TERIMA KASIH MAK KERANA MELAHIRKAN AKAK KEDUNIA!

Kalau tengok video di bawah ni, agaknya macam tulah emak. Semua untuk anak-anak sampai lupa keperluan sendiri.

Terima kasih mak! Walaupun sampai sekarang akak masih tak dapat membalas semua jasa mak, akak sentiasa doakan mak dianugerahkan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan ditempatkan ke dalam syurga tanpa hisab. Aamiin Aamin Ya Rabb.

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA HADIRKAN WANITA HEBAT INI DALAM HIDUPKU.

#akaksayangemak
#akakrinduemak
#s2ufamilies
#viktoria

0 comments:

Post a Comment