Assalamualaikum, hai semua!
Apa khabar?
Ada orang kata DUIT itu menggelapkan mata. Ada orang kata DUIT itu buat kita jadi kedekut. Ada orang kata DUIT itu segala-galanya. Apa pandangan kalian?
Hari ini cikgu nak berkongsi apa yang cikgu dapat melalui kelas Master Hanan dan Dr Majid founder Dreamscape.
Ya, kita perlu bina kekayaan. Dengan kekayaan selain dapat membantu ekonomi keluarga kita juga dapat membantu orang lain. Kita boleh jadi orang yang bermanfaat dan dapat bantu lebih ramai orang. Jangan tunggu duit dah banyak baru nak memberi. Bonus atau pendapatan, kita peruntukkan juga untuk bantu orang lain.
Dalam konsep untuk berjaya dan rank up kepada pangkat yang lebih tinggi, perlu bantu orang bawahan supaya berjaya bersama-sama.
Perjuangan yang tiada henti |
PUSH FACTOR
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang susah hidupnya. Pasti kita ada pelbagai kekangan untuk mencapai impian. Kita perlu sentiasa berfikiran positif. Mungkin kita telah ada segala-galanya. Hidup agak senang tetapi tiada lebih untuk bantu orang lain. Bantu untuk sebarkan lebih banyak kebaikan kerana ini boleh menjadi medan untuk membuat kebaikan dan membina saham akhirat.
Push factor adalah diri kita sendiri di mana kitalah yang perlu membantu keluarga dan membantu orang di sekeliling kita. The more you give, the more you get back!
Sudah sampai saatnya kita latih diri kita untuk memberi bermula dengan pendapatan yang kecil. Kita bantu orang lain keluar dari masalah.
PELUANG PERNIAGAAN
Dalam menjalankan bisnes perlu ada kesungguhan dan pengorbanan. Bila rasa putus asa ingat kembali pengorbanan mak dan ayah. Dari saat sakit ketika melahirkan kita hingga kita dewasa. Mampukah kita membalas jasa mereka? mampukah kita memberikan 4 angka sebulan kepada mereka? Jasa mereka memang tidak terbalas, namun kita berhak membahagiakan mereka.
MOTIVASI
Selalu membaca buku dan menonton video motivasi dapat meningkatkan motivasi kita. Inspirasi akan hadir daripada kisah-kisah motivasi dan kejayaan orang lain. Cari mentor untuk jika rasa putus asa.
THE POWER OF BELIEVING
The power of believing in yourself, percaya kita boleh buat. Perlu sentiasa ada minda yang positif. Ini akan mengingatkan minda bawah sedar kita, subconcious mind seakan AKU ADALAH CHAMPION. So, believe in yourself!
ACTION/ TINDAKAN
Kita boleh rancang tindakan dan ia adalah lebih baik berdua. Perempuan dan lelaki masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Jika berniaga online kita perlu membuat posting sekurang-kurangnya 15 posting sehari supaya orang nampak kedai kita sentiasa buka. Sekurang-kurangnya orang nampak kita bersungguh-sungguh berniaga.
SUCCESS
Untuk berjaya perlukan usaha. Bukan hari ini kita berusaha, esok kita akan dapat hasilnya. Tetapi usaha kita pada hari ni mungkin kita akan dapat hasilnya selepas 4 tahun akan datang. Jadi berusahalah. Tiada jalan singkat untuk berjaya.
BREAK THE WALL
Setiap orang ada ketakutan masing-masing. Kita perlu elakkan ketakutan. Senaraikan ketakutan itu dan pangkah apa yang sudah berjaya dipecahkan atau diatasi.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, kita perlu sebarkan manfaat baik kepada orang lain. Kisah hidup kita boleh menjadi inspirasi kepada orang lain. Sentiasa berfikiran positif kerana orang yang positif adalah orang yang berjaya.
Terima kasih.
5.11 pm