VITAMIN C

TAHUKAH ANDA?
Apakah Vitamin C?


Vitamin C, atau nama saintifiknya  asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan. Lebihan vitamin C akan dikumuh melalui air kencing. Kita perlu mendapatkan vitamin C daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral. Tidak seperti sesetengah haiwan yang boleh menghasilkan vitamin C sendiri.
Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber terbaik vitamin C. Misalnya jambu batu, betik, kiwi, strawberi, buah-buahan citrus seperti oren dan limau. Tak kurang juga sayur-sayuran seperti tomato dan brokoli.
Gambar: sumber internet

Apakah Manfaat Vitamin C?


Antara manfaat vitamin C untuk kesihatan ialah dapat meningkatkan kekebalan tubuh, sifatnya yang antioksidan , mempercepatkan penyembuhan luka dan yang paling istimewa dapat membantu dalam pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah.


Apakah kesan kekurangan vitamin C?

Jika kita kekurangan vitamin C, badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Oleh itu, kolagen dalam badan kita juga tidak boleh diganti secara semulajadi kecuali dengan pengambilan vitamin C dari sumber luar. 
Akibatnya, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Sumber: Portal KKM





0 comments:

Post a Comment