Friday, 15 March 2019

MENGEJAR IMPIAN

Mengejar impian? Banyak rasanya impian julia yang dah tercapai. Alhamdulillah. Kadang kala impian itu hadirnya awal tanpa disangka-sangka.

Teringat dulu, suka berangan😅
Bukan angan-angan Mat Jenin tau! Angan-angan nak rumah besar, nak kereta besar (pakai baju merah tudung merah & high heels merah😂), nak pergi umrah, nak naik haji. Semuanya bermula dengan angan-angan dan impian.

Kali ni impian julia nak mencapai effective master shaklee menjelang 2024. Impian inilah yang julia telah pahatkan dalam vision board julia.

Pernah suatu ketika julia rasa sangat sedih kerana  ada keperluan yang perlu dipilih mengikut keutamaan. Keutamaan anak-anak yang memerlukan yuran persekolahan, yuran pengajian yang tinggi. Anak pun pandai nak minta apa-apa tanya dulu, “mak dah gaji belum?” Kadang-kadang terpaksa pesan pada anak-anak yang nak itu & ini, “tunggu gaji ye”.
Mungkin ada yang tak pernah sangka kami jarang beli baju baru!😭

Untuk menzahirkan keperluan anak-anak yang sedang membesar, banyak pengorbanan yang kami tempuhi dengan sabar & redha. Hati mana yang tak sedih bila mendengar ayat ini dari hubby, “ biarlah i puasa”😭. Bagai nak luruh jantungkan!
Keperluan anak-anak melebihi keperluan diri sendiri. Banyaknya pengorbananmu! Terima kasih sayang.

Dari detik itulah julia bertekad untuk mengumpul segala kekuatan untuk membuang rasa malu membina legasi shaklee bersama-sama excellent legacy. Kejayaan demi kejayaan digarab atas bimbingan yang padu dari team kami.

Rasa sangat gembira, excited! Tak sangka rupanya ada jalan melalui bisnez shaklee dengan niat membantu family kerana Allah taala.

Mohon sahabat-sahabat yang baik hati mendoakan impian julia sebagai master coordinator terlaksana.
Apa yang kita doakan untuk orang lain akan kembali kepada kita jua. In shaa Allah.

“Ya Allah ampunilah kami jika kami meminta lebih sedang kami lupa untuk mensyukuri apa yang ada di tangan kami”

#viktoria
#s2ufamilies
#semangatbaru
#visionboard
#impian
#shakleebyjuliajamal
#juliajamal
#shakleeshahalam
0173798830

0 comments:

Post a Comment