Tuesday 26 March 2019

SHAKLEE SHAH ALAM

Assalamualaikum.....
Hi!
Saya Julia Binti Jamaludin. Saya berasal dari Johor, dibesarkan di Pahang & kini menetap di Shah Alam.
Saya aktif sebagai SID Shaklee (ID 1273458) sejak 2017.

Saya mulakan bisnez shaklee sejak mendapat ‘shaklee effect’ penurunan berat badan melebihi 10kg.
Saya mula aktif berurusniaga melalui blog www.juliajamal.com, fb personal julia jamaludin, fb page #shakleebyjuliajamal, instagram juliaa_jamal, shaklee_vitamin sihat. Anda juga boleh mencari saya di pencarian google julia jamal.

Saya juga anak didik family shaklee bermula dengan Awesome Family, Wisdom   Millionaires Lounge, Excellent Legasi & keluarga besar #s2ufamilies.

Fokus saya adalah dalam membantu mereka di luar sana dalam penurunan berat badan, kecantikan dan kesihatan. Sudah pasti tipsnya adalah konsisten & jangan berputus asa.

Saya membuat penghantaran shaklee ke seluruh Malaysia & COD sekitar Shah Alam.
Sekiranya anda ingin mendapatkan shaklee dengan bimbingan percuma pada harga yang istimewa, klik ‘link’ whatsapp berikut:

✅ WhatsApp http://www.wasap.my/60173798830/SayaNakOderShaklee

Akhir kalam, saya doakan anda semua sentiasa sihat dan bahagia disamping orang tersayang, murah rezeki serta sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah.

Terima kasih kepada semua pelanggan shaklee yang saya kenali atau tidak kenali. Semoga dengan asbab sihat dengan shaklee lebih besar peluang kita beribadah kepadaNya.

Salam sayang,
#juliajamal

#viktoria
#semangatbaru
#s2ufamilies
#shakleebyjuliajamal
Continue Reading

Saturday 23 March 2019

OSTEMATRIX

Bila dah jadi ibu ni, semua nak kena fikir daripada yang sulung sampailah ke si bongsu. Walaupun pelbagai ragam anak-anak, sebagai seorang ibu sentiasa memaafkan anak-anak walau sebesar mana pun kesalahan mereka. Anggaplah mereka masih belajar. Mungkin itu adalah kifarah dosa kita pada masa lalu.
Istighfar banyak banyak!

Sakit badan usah nak cakaplah. Orang anak dua pun rasa mengeluh, penat! penat! penat! Tapi bagi sis, tiada istilah penat yang boleh diluahkan. Hanya mampu mencari solusi.

Apa solusinya?
Teringat dulu, apalah orang dok puji-puji satu produk ni, Ostematrix tapi kami panggil oste je. Dok terfikir apalah hebat sangat oste ni? Balik balik oste! balik balik oste! Semua kata best. Emmmm🤔
Sampai ada yang jual pada makcik-makcik yang balik dari masjid yang selalu terpaksa solat duduk. Mesti power oste ni!!

Sampailah suatu ketika terdetik kat hati rasa nak cuba je.
😲 WOW patutlah! Patutlah ramai yang share the powerful of oste!!
Apa yang orang lain dah rasa, sis pun dapat rasa. Memang 💥 power lah oste ni! Hebat!

Mana taknya, badan takde lagi dah lenguh-lenguh macam selalu. No more cramp. Tidur pun lena je. Bila tidur lena, nak bangun pun mudah. Mood ke sekolah pun happy je.

Ishhhh! Anak murid pun tegur, cikgu ni ada aura! Sentiasa senyum. Mana tak senyum anak-anak oiii! Ia lahir dari dalam! Terpancar ke luar. Tahun ni agak-agak dapat lagi tak Anugerah Guru Paling Ceria?😂

Terima kasih #ostematrix

#ibuanakenam
#juliajamal
#viktoria
#s2ufamilies
#semangatbaru
#suziemaswar



Continue Reading

Friday 15 March 2019

WANITA HEBAT DALAM HIDUPKU

WANITA HEBAT DALAM HIDUPKU!

Siapa lagi kalau bukan ibuku puan Saiyah Selamat.
Keluarga kami bukanlah orang yang senang. Namun mak seorang yang pandai berdikari, beruntung arwah Abah.
Masa kecil dulu mak akan pastikan keperluan makan & pakai kami sempurna. Mak sanggup tak makan atau makan lewat demi membesarkan kami. Anak is number one. Tak boleh dengar kami nangis terus pujuk.

Rotan mak masih lagi terasa, itulah asbab kami adik beradik berjaya. Alhamdulillah.
Abah & mak selalu berpesan....mereka tidak meninggalkan harta untuk kami tetapi mereka berikan  ilmu supaya kami belajar bersungguh-sungguh. Ya kami nampak kesannya sekarang. Begitulah juga kami mendidik anak-anak kami. Belajar hidup susah. Apa yang kita kehendaki tak semua akan kita dapat.

Walaupun bersekolah tidak setinggi mana, mak memang dianugerahkan bakat istimewa, mak pandai gubah bunga, buat pondok orkid, bina reban ayam, bina pondok dapur memasak (dapur arang), baiki paip rosak & pandai bisnez.

Bila kenang semula.....banyaknya mak dah buat untuk mendidik kami sehingga keenam-enam adik-beradik kami berjaya.

Ibu zaman sekarang masih ada tak yang macam mak sis?

Sis akui sis tak sehebat emak! TERIMA KASIH MAK KERANA MELAHIRKAN AKAK KEDUNIA!

Kalau tengok video di bawah ni, agaknya macam tulah emak. Semua untuk anak-anak sampai lupa keperluan sendiri.

Terima kasih mak! Walaupun sampai sekarang akak masih tak dapat membalas semua jasa mak, akak sentiasa doakan mak dianugerahkan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan ditempatkan ke dalam syurga tanpa hisab. Aamiin Aamin Ya Rabb.

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA HADIRKAN WANITA HEBAT INI DALAM HIDUPKU.

#akaksayangemak
#akakrinduemak
#s2ufamilies
#viktoria
Continue Reading

ADAKAH SHAKLEE DAPAT MEMBANTU WANITA?

Selamat hari wanita sedunia!
Semoga cerdikmu secerdik AISHAH, cantikmu secantik AINUL MARDHIAH, pengorbananmu setinggi SUMAIYAH, ikhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH & moga tempatmu di syurga AL JANNAH!

ADAKAH SHAKLEE DAPAT MEMBANTU WANITA?

Jawapannya SUDAH PASTI BOLEH!
Sis nak share pengalaman sejak menggunakan shaklee sebagai supplement.
Bermula dengan mengambil vitamin C. Masa tu tak konsisten. Wanita sinonim dengan kecantikan! Jadi sejak mengamalkan vitamin ini baru perasan jarang demam, jarang selesema & kulit bertambah sihat & lebih halus.
Sebagai wanita sis juga nak sihat seperti wanita lain, bermulalah episod detox dengan shaklee asbab obesiti, tulang kaki retak. Sejak itu timbul kesedaran untuk mengurangkan berat badan. Sis join group #gengdetox semata-mata nak dapatkan kekuatan mental untuk mengubah cara pemakanan kepada suku-suku separuh. Pada awalnya menyiksakan sebab biasa makan ikut suka tapi dah ubah kepada makan ikut keperluan.

Sebelum memulakan program detox memang ada rasa sakit lutut sebab kerjaya guru kena naik turun tangga setiap hari. Penurunan berat badan sis target setahun untuk turun. Tapi alhamdulillah dalam 3 bulan dah nampak kesannya. Program detox ni memang bagus sebab cara makan totally berubah....stim, bakar, rebus. Semasa penurunan berat sis ambil omega (bakar lemak) & lecithin (pecahkan lemak). Berat pada bulan ogos 2018 berkurang daripada 68 kepada 56 pada februari 2019 asbab jaga pemakanan & senaman.

Biasanya breakfast sis amalkan ESP, chia seed ditambah oat atau barli( bagus rupanya khasiat barli ni selain mengenyangkan). Oleh kerana sis memang tak minum susu jadi sis amalkan pengambilan ostematrix sebagai sumber kalsium. Takut juga bila mendengar cerita seorang sahabat gigi boleh gugur tiba-tiba & tulang rapuh apabila mencapai usia 40an.

Apa yang lebih best lagi apabila ramai dalam kalangan wanita yang sama-sama sedar tentang penjagaan kesihatan. Alhamdulillah.
Walaupun pada mulanya mengamalkan shaklee hanya untuk kesihatan, namun Allah gerakkan hati insan-insan terpilih untuk sama-sama menyokong bisnez shaklee sis. Walaupun perniagaan ini masih baru tapi sis sangat happy kerana asbab bisnez ini sis dapat meningkatkan ekonomi keluarga, membantu suami & anak-anak yang sedang membesar dan telah melanjutkan pelajaran ke menara gading. BEST rupanya bisnez shaklee ni!

Terima kasih yang sudi membaca kisah hidup sis sejak mula berjinak-jinak dengan shaklee sehingga menikmati shaklee effect yang sangat AWESOME!

#juliajamal
#shakleeseksyen13shahalam
#shakleeshahalam
#koreafighters
#s2ufamilies
#semangatbaru
#viktoria
Continue Reading

MENGEJAR IMPIAN

Mengejar impian? Banyak rasanya impian julia yang dah tercapai. Alhamdulillah. Kadang kala impian itu hadirnya awal tanpa disangka-sangka.

Teringat dulu, suka berangan😅
Bukan angan-angan Mat Jenin tau! Angan-angan nak rumah besar, nak kereta besar (pakai baju merah tudung merah & high heels merah😂), nak pergi umrah, nak naik haji. Semuanya bermula dengan angan-angan dan impian.

Kali ni impian julia nak mencapai effective master shaklee menjelang 2024. Impian inilah yang julia telah pahatkan dalam vision board julia.

Pernah suatu ketika julia rasa sangat sedih kerana  ada keperluan yang perlu dipilih mengikut keutamaan. Keutamaan anak-anak yang memerlukan yuran persekolahan, yuran pengajian yang tinggi. Anak pun pandai nak minta apa-apa tanya dulu, “mak dah gaji belum?” Kadang-kadang terpaksa pesan pada anak-anak yang nak itu & ini, “tunggu gaji ye”.
Mungkin ada yang tak pernah sangka kami jarang beli baju baru!😭

Untuk menzahirkan keperluan anak-anak yang sedang membesar, banyak pengorbanan yang kami tempuhi dengan sabar & redha. Hati mana yang tak sedih bila mendengar ayat ini dari hubby, “ biarlah i puasa”😭. Bagai nak luruh jantungkan!
Keperluan anak-anak melebihi keperluan diri sendiri. Banyaknya pengorbananmu! Terima kasih sayang.

Dari detik itulah julia bertekad untuk mengumpul segala kekuatan untuk membuang rasa malu membina legasi shaklee bersama-sama excellent legacy. Kejayaan demi kejayaan digarab atas bimbingan yang padu dari team kami.

Rasa sangat gembira, excited! Tak sangka rupanya ada jalan melalui bisnez shaklee dengan niat membantu family kerana Allah taala.

Mohon sahabat-sahabat yang baik hati mendoakan impian julia sebagai master coordinator terlaksana.
Apa yang kita doakan untuk orang lain akan kembali kepada kita jua. In shaa Allah.

“Ya Allah ampunilah kami jika kami meminta lebih sedang kami lupa untuk mensyukuri apa yang ada di tangan kami”

#viktoria
#s2ufamilies
#semangatbaru
#visionboard
#impian
#shakleebyjuliajamal
#juliajamal
#shakleeshahalam
0173798830

Continue Reading

Sunday 3 March 2019


Salam semua. 
Sesiapa yang berminat nak dapatkan shaklee melalui trusted SID, boleh terus call sis julia pada talian 0173798830.
In shaa Allah sis julia akan membantu anda untuk COD atau pos barangan shaklee anda.
Kami menawarkan set:
Jerawat & parut
Set kulit cerah & gebu
Set kurus
Set tambah berat badan
Set keputihan
Set senggugut
Set resdung
Set gastrik
Set tambah tenaga
Set hamil
Set gout
Set kesuburan
Set kolestrol
Set diabetes
Set sendi
Set menyusu
Set berpantang
Set anak pintar


Bergambar dengan bella anak sulung  sis
Continue Reading