Monday 26 October 2020

KURUS DENGAN SHAKLEE Hari Pertama

Assalamualaikum
Hai semua!

Apa khabar?
Lamanya tak bersiaran. Nampak macam dah bersawang rumahku.

14 hari yang lepas bermulanya PKPB di Selangor. Jadi cikgu mengambil keputusan untuk mengawal pemakanan. Memandangkan berat cikgu telah mencapai 64kg pada bulan ini. 

Cikgu juga tidak berseorangan kerana kebetulan ada juga rakan-rakan cikgu dari pelbagai negeri yang nak join sama. Bestnya

Orang kata 80% kawalan berat badan kita daripada pemakanan dan 20% lagi daripada senaman. Yeahhh. Cikgu cuba untuk praktikkan.

Hari pertama timbang berat. Seawal bangun pagi 12 Oktober 2020, timbang berat dan ukur bahagian lengan, peha, dada, pinggang, perut dan punggung.


Hari pertama hingga hari ke-4 (12 Oktober hingga 14 Oktober 2020-MENU RELAX)

Cikgu bagi dulu ringkasan menu diet yang cikgu amalkan

Boleh ikut tak?


Cikgu mulakan dengan sarapan protein soya, ESP Shaklee. ESP ni membekalkan tenaga yang berterusan sepanjang hari. Diet bukan tak makan tau. Tapi diet cikgu makan 5 kali sehari.
Menu hari pertama hingga hari ke-4 adalah menu relax. Menu relax ni kita jaga portion makanan iaitu suku-suku separuh. Cara masak yang diutamakan adalah tumis, rebus, panggang.



LUNCH: SAYUR KACANG BUNCIS

LUNCH: NASI SEGENGGAM, ULAM BAYAM BRAZIL & IKAN SINGGANG

DINNER: ROTI TELUR BAKAR

Sepanjang journey 14 hari, cikgu juga ambil supplement untuk tingkatkan tenaga dan boost metabolisme

Meal hari pertama

Breakfast: ESP SHAKLEE 300ml air sejuk mix dengan 3 sudu besar soya

Snacking: Semalam singgah tempat kerja, sahabat cikgu bagi kuih koci.....kuih favourite ni, so terpaksa tak tolak. Sebiji je tau. Patutnya journey 14 hari ni no sugar!!

Lunch: Menu Relax lagi. Nasi putih dengan ikan singgang (campak je serai, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, asam keping & rebus) & sayur kacang buncis (tumis dengan minyak zaitun, bawang putih & bawang merah)
3 biji #lecithinshaklee

Snacking: Tak snacking sebab masih kenyang

Dinner: 6.30 petang roti bakar bertelur. 
First time buat menu ni. Tabur sikit lada putih atas telur. Kalau nak letak mozarella cheese & sos prego pun sedap. Tapikan, demi journey 14 hari ni, cikgu tolak segala yang boleh menambah kalori. Tabah tak cikgu? 
3 biji #lecithin

Snacking: Kacang  & buah jambu. Urghhhh!! pagi tadi sakit perut pulak. Baru teringat jambu ni berangin. Next sedia betik, nenas, honeydew atau mango. Tapi #PKPB ni cikgu tak rasa nak beli semua tu. Tengok apa yang ada dalam peti sejuk je.....
4 biji #herblax
Since cikgu tak suka minum susu so tambah lagi 4 biji #ostematrix 

Tidur

Tips:

✅Minum banyak air masak
✅Elakkan gula
✅Ambil nutrisi atau vitamin yang selamat dan berkesan
✅Jaga kalori 
✅Exercise

Ini hari pertama tau.
Terima kasih, sudi baca sampai habis.




 

0 comments:

Post a Comment